About Me

My photo
....suka makan,makan dan makan..tapi tak membesar juge...he3

Followers

Friday, August 27, 2010

KESEDAPANNYA TIADA TANDINGAN

MEE BANDUNG MUAR (MUOR)











1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah contoh: daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut kesukaan masing-masing
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTA:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, jadi, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya.

Cara memasak:

  1. Kisar cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
  2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
  4. Masukkan sos tiram
  5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
  6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat


Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk,jadi kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
  1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
  2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
  3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
  4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
  5. Hidangkan.

3 comments:

  1. Tidak sabar rasenya mahu pulang kekampung menikmati makanan kegemaranku ini...di sini tidak jumpa...sedih(T_T)

    ReplyDelete
  2. cikgu jika ianya boleh dibawa...
    bukan setakat sepinggan seperiuk saya bawa...
    hehehe....
    sekarang dah ada yang segera...tapi tak sedap..

    ReplyDelete