About Me

My photo
....suka makan,makan dan makan..tapi tak membesar juge...he3

Followers

Friday, April 1, 2011

Sepenuh Hati

Artist: Spoon

Bagaimana harusku luahkan
Perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan
Dalam diam ku

Sukarnya ku berterus-terang
Tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini

Bagaimana harus aku menghadapi
Semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku
Segala-galanya

Pada yang Maha Kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biarkan keraguan

Menghantui jiwamu
Dalam ku menanti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biarkan ku kecewa
Membalut luka
Agar kau mengerti
Yang selama ini
Aku menyintaimu

***lagu penuh bermakna bagiku***

Sunday, October 17, 2010

Wednesday, October 13, 2010

jalan-jalan







tidak ku sangka dah msuk bln ke4 kt negeri org...
semalm berjalan-jalan bersama kawan yang saya rapat...
k.nuha & dila...
makan tengah hari: nasi & lauk2 kampung...
kali pertama rase jeruk petai
sedap.....
pergi gunung keriang...mencari kristal...
tengok sawah padi dekat kodiang...
muzium sawah...
macam2 kami bljr tentang sawah padi
walaupun hanya sekejap tp kami habiskan masa dgn sebaiknya...
apa2 pun terima kasih semua...
lepas ni boleh jalan2 lagi...huhuhu

Sunday, September 5, 2010

Ulasan Drama Talkin Terakhir


Drama Talkin Terakhir ini telah ditayangkan dalam slot Cerekarama di TV3 pada tahun 2007. Drama ini merupakan hasil arahan pengarah terkenal di Malaysia iaitu Ahmad Idham dan penulis skripnya ialah Azlina Pa' Wan.

Drama ini berunsur keagamaan kerana daripada tajuknya sahaja kita dapat ketahuinya. Namun, hanya sedikit unsur keagaamaan diselitkan iaitu sesi pembacaan talkin setiap kali selesainya pengebumian masyarakat kampung yang telah meninggal dunia. Manakala selebihnya, lebih kepada kisah kekeluargaan, perkahwinan dan kemasyarakatan.

Sinopsis drama ini ialah Amir dipenjarakan akibat membunuh perogol tunangnya Zalia, Taufiq menjadi 'pak sanggup' untuk mengahwini Zalia yang sudah berbadan dua dan berjanji akan menceraikan Zalia setelah Amir dibebaskan. Apakah yang berlaku seterusnya???

Teknik penceritaan yang diarahkan oleh pengarah merupakan penyusunan plot cerita yang baik iaitu mengikut kronologi. Juru gambarnya juga berjaya melakukan pengambaran dengan baik. Namun, teknik pencahayaan yang sedikit suram.

Tahap persembahan yang dilakonkan oleh pelakon utama iaitu Zalia (Siti Shahriza) dan Amir (Rashidi Ishak) sebagai sepasang tunang yang sanggup sehidup semati. Namun ibu bapa Zalia (Khatijah Tan dan Hafizuddin) tidak patut memperlakukannya sedemikian rupa kerana menyekat kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya sehingga menyebabkannya gila.

Drama ini amat sesuai ditonton oleh itu setiap lapisan masyarakat terutama para ibu bapa kerana tidak semua anak-anak yang mengikut kehendak ibu bapa, mereka setuju dengan tindakan itu. Fikirlah perasaan anak-anak juga...

Friday, August 27, 2010

KESEDAPANNYA TIADA TANDINGAN

MEE BANDUNG MUAR (MUOR)











1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah contoh: daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut kesukaan masing-masing
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTA:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, jadi, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya.

Cara memasak:

  1. Kisar cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
  2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
  4. Masukkan sos tiram
  5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
  6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat


Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk,jadi kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
  1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
  2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
  3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
  4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
  5. Hidangkan.

Thursday, August 5, 2010

SEPULUH SEKELUARGA MENGGAMIT KECINTAAN

Tempat lama Batu Feringgi,
Membawa manggis sebagai selera;
Sepuluh jiwa bersatu hati,
Jawa dan bugis menjadi budaya.

Senyap-senyap mengisi minda,
Tanpa tujuan tiada berganjak;
Tanggungjawab diri tidak dilupa,
Ayahku berserban bukan bertanjak.

Suara bergema di subuh hari,
Adinda-adindaku segera bangkit;
Menyara keluarga bersama suami,
Bondaku berjuang tidak kenal sakit.

Kereta kuning motorsikal merah,
Kedai komputer rumah keduanya;
Tidak melenting walaupun marah,
Muhammad Akram diberi nama.

Pelajaran dan kerjaya menjadi satu,
Tiada pembaziran pandai berjimat;
Kekanda kedua tempat mengadu,
Tiada kutukan rahsia selamat.

Mudah terasa sifat semulajadi,
Berkata pedas supaya tersedar;
Selera makan kuat sekali,
Namunku tidak juga membesar.

Panggilan adik panggilan manja,
Tanpa kereta terperap di rumah;
Pilihan utama barangan berjenama,
Penuh kata-kata almaklumlah peramah.

Berderet-deret askar Hj Satar,
Anak kelima lelaki kembali;
Air muka serius kadangkala kelakar,
Kecil-kecil suka bermain guli.

Tinggi rendah bukan ukuran,
Bulat sentiasa keputusan diberi;
Permainan kereta menjadi pilihan,
Apabila dimarah suka menyendiri.

Budak hitam berkepala bulat,
Riuh rendah apabila bersama;
Kuah lemak ketupat segiempat,
Kegemaran tika lebaran menjelma.

Intan payung permata keluarga,
Nama diberi begitu panjang;
Bonda dan ayahanda tempat bermanja,
Apabila dimarah merajuk memanjang.

Bersama-sama mencuci pinggan,
Selesai disabun perlu dibilas;
Ramai anggota berganda kebahagiaan,
Persepakatan keluarga menjadi teras.




Monday, August 2, 2010

Keranamu Aku Cemburu

Rinduku kupendam keranamu
Berjauhan bukanlah pintaku
Tatkala titisan halus berjuraian
Hatiku bagai ditusuk sembilu *
Adakah kau sedar
Kelopak cintaku takkan gugur **
Tanggungjawab itu kau juarakan
Sedangkan aku bertarung nyawa ***
Hanya yang Esa memahamiku ***
Kubersyukur kepadaMu
TanpaMu liang lahad persemadianku ****
Kembali pada hakikat pasti *****
Tiada pertemuan tanpa restu *****
Tiada restu tanpa keredhaan *****
Bersujud istikharah jawabanku
Syukran Rabbul Jalil


Catatan Sajak:


* Bersifat imaginatif dan figuratif

** Bersifat imaginatif dan figuratif

*** - Menggunakan wacana pelukisan
- Bersifat komunitatif

**** Bernada puitis

***** Memilih diksi secara berhati-hati